Edge Sebagai Kunci Kejayaan


Edge merupakan elemen paling penting dalam menentukan kejayaan seseorang dalam forex. Edge tidaklah serumit mana, namun ramai yang tak peduli. Forex hanya ada dua kemungkinan sahaja;

Naik, Turun
Buy (Long), Sell (Short)
Untung, Rugi

Ini sahaja sudah memberikan harapan yang cerah kepada kita berbanding main tikam nombor 4D yang ada 9999 kemungkinan. Kesimpulannya, 50/50 sama ada kita berjaya atau tidak dalam forex. Seperti lambung syiling, ada dua sahaja yang akan kena, kepala atau bunga. Nisbah inilah yang kita cuba ‘tune up’ supaya ia memihak kepada kita dengan kata lain edge kita 51% ke atas.

Edge adalah terdiri dari gabungan dua elemen:

1. Risk Reward Ratio (RR)
- RR berkait rapat dengan money management sebab adanya SL dan TP.

2. Win Rate (WR)
- Di sinilah fungsinya trading sistem yang kita gunakan. Untuk meningkatkan peratusan kemenangan. Dalam sejumlah trade berapa kali kita betul dan berapa kali pula salah.

Ramai trader beranggapan RR setiap trade seharusnya lebih dari 1:2. Bagi saya, dengan RR 1:1 pun masih boleh hidup lagi. Tetapi dengan syarat tahap WR mestilah lebih dari 51%.

Contoh; SL50 pips TP50 pips (RR 1:1)
Katakan dalam 10 trade, 4 kali terkena SL dan 6 kali hit TP.

6x50=300
4x50=200
300-200=100

Jadi secara keseluruhannya anda masih untung 100 pips. Untuk mencapai breakeven anda perlu 5 kali betul dalam 10 trade dengan RR 1:1.

Contoh lain, jika anda trade dengan RR 1:10, maka dalam 10 kali trade anda hanya perlu 1 trade yang hit TP untuk mencapai breakeven.

Purata edge mestilah diukur dalam banyak trade, tak kisahlah backtest atau pun forwardtest. Jika anda ada strategi yang mampu memberikan RR dan WR yang tinggi, insyaallah anda akan berjaya dalam jangka masa panjang. Tugas anda hanyalah mengekalkan konsistensi yang ada.

Read more