Chart Pattern

blog forex saya - chart pattern

Chart pattern dapat membantu dalam mengenalpasti sama ada price ingin berubah arah atau masih ingin meneruskan trend asal. Dengan kata lain, chart pattern dapat digunakan untuk mengukur kekuatan dan kelemahan momentum market.

Chart pattern sangat senang untuk dihafal kerana ia selalu terjadi di depan mata. Lagipun pattern yang ada tidaklah terlalu rumit. Perlu saya ingatkan bentuk pattern dalam dunia trading sebenar tidaklah setepat yang ada di dalam ebook atau laman web. Jadi jangan buang masa untuk mencari yang perfect. Kalau jumpa yang hampir2 pun dah memadai.

Berikut adalah chart pattern kegemaran saya, semoga bermanfaat.

Reversal Patterns
blog forex saya - reversal chart pattern

Continuation Patterns
blog forex saya - continuation chart pattern

Read more

Kaedah Entry MTF Naked Chart

blog forex saya - kaedah entry mtf naked chart

Saya nak kongsikan salah satu cara yang mudah untuk membuat entry. Tetapi sebelum itu anda perlu faham terlebih dahulu tentang price action. Kaedah ini memerlukan anda untuk mengenalpasti HL (bull reversal) dan LH (bear reversal). Pattern 123 ini adalah salah satu cara entry yang saya gunakan setiap hari selain dari candlestick pattern.

blog forex saya - price action entry


Dalam contoh ni saya gunakan tf H1 dan H4. Anda boleh gunakan mana2 pasangan tf yang sesuai.
- Lukis PPZ dan level target pada tf H4.
- Apabila price semakin hampir, tukarkan kepada H1.
- Signal yang kita tunggu adalah terbentuknya LH.
- Pasang sell stop, SL dan TP seperti yang saya tunjukkan dalam contoh di bawah.

Kesimpulannya:
- Tf besar = tempat melukis level
- Tf kecil = tempat mencari pattern 123

Selamat mencuba.

blog forex saya - price action entry mtf ppz

Read more

Multiple Time Frame (MTF)

blog forex saya - multiple time frame (MTF)

Analisis secara MTF sangat sesuai untuk meningkatkan reward dalam satu-satu trade. Tujuan analisis MTF adalah bagi membolehkan kita melihat secara detail tentang price action yang berlaku di dalam trend tf besar. Pemilihan tf juga perlu diambil kira. Jika terlalu tinggi, maka noise pun akan meningkat, contohnya tf M1 & Daily. Jika terlalu rendah pula akan menjadi kurang relevan. Selalunya saya guna dua tf sahaja. Agak sukar bagi saya jika lebih dari itu. Tak tahulah orang lain.

Pasangan yang selalu saya gunakan:
M15 & H1
M15 & H4
M30 & H4
H1 & H4
H4 & D1
D1 & W1

Saya tak berapa suka dengan tf kecil atas faktor kos spread. Spread akan mengganggu risk reward kerana terpaksa tambah/tolak spread dalam sl/tp. Di tf besar ia tidak memberikan apa-apa kesan. Tapi jika time frame kecil memang ketara kesannya.

Berbalik kepada tajuk asal, tf besar merupakan trend kita. Manakala tf kecil untuk kita melihat wave yang terjadi dalam tf besar tadi. Dengan kata lain kita zoom in untuk melihat apa yang terjadi dalam trend besar tersebut.

Cara yang paling mudah untuk trading mtf ini adalah dengan menggunakan analisis sama pada setiap tf. Pastikan signal tf besar telah siap/valid. Kemudian tunggu signal pada tf kecil untuk mendapatkan timing entry yang terbaik. Set sl berdasarkan tf kecil dan open/set tp berdasarkan tf besar. Kaedah ini dapat digunakan dengan price action semata-mata atau pun dengan indicator.

Jika anda masih baru, saya sarankan guna indicator terlebih dahulu untuk memahami konsep MTF ini. Setelah anda mahir gunalah apa sahaja yang anda suka mengikut kreativiti anda sendiri.

blog forex saya - multiple time frame (MTF)

Read more

Stop Loss vs Tanpa Stop Loss

blog forex saya - stop loss vs tanpa stop loss

Tajuk yang kerap kali menjadi perdebatan di forum-forum forex. Jangan pula berdebat dengan saya ok, apa yang saya tulis ini hanyalah pendapat peribadi berdasarkan pengalaman sendiri. Stop loss yang saya maksudkan termasuklah menggunakan hard sl, guna ea (hidden sl) atau pun mind/manual sl.

Saya lebih meminati trading yang ada stop loss atas sebab-sebab berikut:
- Ada stop loss, maka baru risk reward dapat dikira. Kerugian terkawal.
- Selamat dalam apa jua keadaan market, news, tsunami sekali pun, campurtangan CB..etc
- Dengupan jantung yang kurang. Macam lawak tapi sebenarnya penting untuk kesihatan.
- Tidak bertukar kepada teknik 'mengharap' bila floating.
- Tidak perlu menunggu lama untuk membuat trade yang seterusnya.

Kekurangan trading tanpa stop loss:
- Tiada risk reward. Ada dua sahaja, untung atau pun mc. Jangka pendek atau pun panjang.
- Sentiasa terdedah dengan pergerakan market besar atau tukar trend.
- Susah untuk menguruskan trade apabila order terlalu banyak.
- Emosi senang terganggu dan menyebabkan wujudnya teknik 'mengharap'.
- Memakan masa untuk menunggu floating berkurang.

Namun tidak saya nafikan ramai yang berjaya trading tanpa sl. Saya sendiri pun pernah mengalaminya. Jika anda selesa dengan tanpa sl, maka pastikan anda trade dalam major trend.

Read more

Confirmation vs Tanpa Confirmation

blog forex saya - confirmation vs tanpa confirmation

Seperti buah epal, ada yang suka makan dengan kulitnya, ada juga yang makan bila sudah dikopek sahaja. Kedua-duanya ada kelemahan dan kebaikan. Pilih sahaja yang mana anda selesa. Macam saya lebih suka dengan confirmation. Lambat sikit pun tak apa lah.

Dengan confirmation
- Kena tunggu signal siap/valid.
- Stop loss menjadi besar, jadi risk reward pun menurun sedikit.
- Kadar untuk kena SL rendah.
- Yakin dengan entry walaupun lambat.
- Selalunya lepas entry price jadi ranging. Floating lama sikit.

Tanpa confirmation
- Entry sebaik sahaja price sampai ke level yang ditunggu.
- Stop loss kecil, risk reward besar.
- Kadar untuk kena SL tinggi.
- Agak was2 dengan entry, adakah terlalu awal?..
- Floating sekejap (jika analisis betul). Sebab dapat join momentum yang terawal.

Read more

Horizontal Line vs Trend Line

blog forex saya - horizontal line vs trend line

Mungkin ada yang kurang bersetuju. Tapi bagi saya horizontal line adalah paling penting dalam membuat sesuatu analisis. Tidak boleh tidak, dia mesti ada walau macam mana sekalipun. Berbeza pula dengan trend line yang terlalu subjektif. Lain trader, lain bentuk 'lukisannya'. Sukar untuk mengikut apa yang dilakukan oleh crowd.

Horizontal line dapat digunakan secara independent. Manakala trend line hanyalah sebagai support sahaja. Trend line hanya saya gunakan sebagai membantu untuk mendapatkan visual yang jelas bila satu-satu trend atau chart pattern terbentuk. Atau pun boleh juga digunakan sebagai confirmation bila berlakunya breakout.

Itu hanya pendapat peribadi. Tak kisahlah, gunalah apa cara sekalipun, janji boleh buat duit.

blog forex saya - horizontal line vs trend line

Read more

Price Pivot Zone (PPZ)

blog forex saya - price pivot zone

Banyak istilah yang boleh digunakan. Tapi saya dah terbiasa dengan PPZ kerana lebih mudah untuk di ingat. Masa mula kenal forex dulu, saya banyak belajar dari thread james16 di forexfactory.com. Jadi sampai sekarang PPZ tu lekat dalam kepala.

Cara untuk mengenalpasti PPZ.
- Mesti ada breakout yang jelas.
- Sebaiknya dalam trend.
- Tunggu price retrace semula ke point breakout tadi.

Entry adalah terpulang dengan cara masing-masing.

blog forex saya - price pivot zone (ppz)

Read more

Mengenalpasti Kekuatan Support & Resistance

blog forex saya - kekuatan s&r

Saya agak hairan apabila sesetengah trader mengatakan semakin kerap price test support atau resistance, maka semakin kuatlah level tersebut. Cuba anda fikir logik. Apabila sesuatu diketuk banyak kali, adakah ia semakin keras?. Sudah tentu tidak. Malahan semakin tinggi kemungkinannya akan pecah.

Persoalannya sekarang, adakah masih berbaloi untuk mengambil risiko pada level yang sudah mula retak?. Di sini pentingnya kita menjadi agak memilih dalam membuat satu-satu trade. Yang terbaik adalah pada level yang masih fresh. Pada cubaan pertama ini selalunya momentum lonjakan price adalah sangat kuat. Kali ke dua dan seterusnya momentum akan bertukar arah dan kemungkinan untuk level tersebut untuk bertahan adalah sangat tipis.

blog forex saya - kekuatan s&r

Mengambil high probability trade adalah sangat penting untuk menjaga konsistensi dalam trading kita. Sebab itu saya abaikan level2 yang pernah di test. Jangan mengejar trade yang kurang pasti. Masih banyak peluang lain.

Read more

Price Momentum

blog forex saya - price momentum.jpg

Terdapat dua asas dalam momentum pergerakan market. Ini adalah penting dalam mengenal pasti kekuatan trend yang terbentuk.

Impulsive
Ini adalah pergerakan utama market pada masa tersebut. Atau lebih dikenali sebagai trend.

- pergerakan yang cepat
- candle body panjang satu arah (bull atau bear)
- shadow rejection (pattern sambung trend)
- sudut pergerakan agak cerun/condong

Corrective
Berlaku selepas impulsive, juga dikenali sebagai retracement iaitu pergerakan sementara sebelum menyambung trend. Ambil nafas kata orang.

- pergerakan agak perlahan
- candlestick kecil dan bercampur aduk (bull+bear)
- candlestick banyak spike/shadow atas bawah (doji)
- sudut pergerakan agak mendatar

blog forex saya - price momentum

Read more

Mengenalpasti Trend Dengan Mata Kasar

blog forex saya - trend

Bagi saya trend lebih senang untuk dikenalpasti dengan mata kasar. Memang benar apa yang selalu dikatakan oleh masta2 forex, mata kasar adalah indicator terbaik. Namun trend juga boleh ditentukan dengan indicator (MTF). Tapi dalam post ini, saya akan bincangkan cara yang pertama dahulu, iaitu dengan mata kasar.

Market bergerak dalam 3 fasa:
1. Up (trending)
2. Down (trending)
3. Sideway (ranging)

Cara mudah untuk mengenalpasti trend.
Trend yang kuat boleh dikenalpasti apabila berbentuk seperti tangga, dengan kecerunan/kecondongan yang agak tinggi. Jika ianya agak mendatar maka market sedang ranging (sideway).

blog forex saya - uptrend

blog forex saya - downtrend

blog forex saya - sideway

Cara yang lebih advance untuk mengenalpasti trend.
Uptrend = HL > HH
Bermula apabila price gagal untuk membuat new low (LL) dengan membentuk HL dan kemudian diikuti dengan breakout untuk membentuk HH. Cycle HL dan HH ini akan berterusan sehingga ia gagal untuk membuat new high (HH) dan membentuk LH.

blog forex saya - mula uptrend

Downtrend = LH > LL
Bermula apabila price gagal untuk membuat new high (HH) dengan membentuk LH dan kemudian diikuti dengan breakout untuk membentuk LL. Cycle LH dan LL ini akan berterusan sehingga ia gagal untuk membuat new low (LL) dan membentuk HL.

blog forex saya - mula downtrend

Sideway = susunan HL, HH, LH, LL yang tidak sekata.
Dalam fasa ini, market kelihatan agak mendatar dan tiada momentum ke mana-mana arah. Biasanya ia bergerak dalam satu range tertentu dan membentuk seperti kotak. Banyak berlaku fakeout.

Sekiranya anda dapat memahami perkara2 di atas, maka mudahlah untuk anda melukis support & resistance nanti.

Read more

Mencari View Yang Selesa

blog forex saya - zoom chart

Sebenarnya saya pun tak tahu nak letak tajuk yang sesuai. Apa yang nak saya ceritakan di sini adalah berkenaan tahap pandangan yang berbeza ke atas chart. Ini adalah sangat penting bagi saya. Tahap zoom yang orang lain guna belum tentu sesuai dengan mata kita. Saya sendiri lebih suka dengan chart yang agak wide dan compress. Jika tak, saya akan terkial-kial kerana tidak mendapat pandangan secara keseluruhan. Lain orang, lain style.

Biasanya saya akan tarik window terminal di MT4 tu ke atas sedikit jika saya tidak gunakan apa-apa indicator di bahagian bawah. Dan tak lupa saya pakai tahap zoom 2x (tekan button zoom in). Jadi, luangkanlah masa untuk mencari view yang sesuai dengan penglihatan anda. Selamat mencuba.

Tekan CTRL-T untuk membuka/menutup window terminal. Kemudian klik 2x pada tempat-tempat seperti yang saya tandakan dalam contoh di bawah.

blog forex saya - compress chart mt4

blog forex saya - uncompress chart mt4

Boleh juga tekan F11 untuk mendapatkan fullscreen view.

Read more

Asas Analisis Teknikal

blog forex saya - asas analisis teknikal

Saya lebih kepada trader teknikal. Saya hanya ambil tahu masa bila news akan release sebab masa tu price akan bergerak laju. Votaliti tinggi.

Perkara paling penting dalam analisis teknikal terbahagi kepada dua:
1. Level (di mana)
2. Trigger (bila)

'Level' yang saya maksudkan adalah support resistance (s&r) yang penting dan kuat. Iaitu di mana price akan bertindak balas, sama ada memantul, berhenti (ranging) atau pun menembusi level tersebut dengan laju.

Manakala 'Trigger' pula, masa bila entry boleh dibuat. Ia dapat dilakukan dengan bermacam kaedah termasuk; high low price, candlestick, indicator atau pun berpandukan level semata-mata.

Kedua-dua elemen ini perlu digabungkan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Melukis level price memerlukan pengalaman. Kaedah manual adalah terbaik. Belum pernah saya jumpa indicator yang boleh menentukan s&r sebaik kaedah manual. Yang paling hampir pun ada sedikit seperti pivot point, round number atau pun indi yang berasaskan zigzag. Nanti saya kongsikan di dalam blog ini.

Trigger tidaklah sesusah melukis level. Banyak indicator boleh membantu semasa membuat keputusan. Untuk mereka yang berpengalaman, dengan candlestick pun dah memadai.

blog forex saya - level & trigger

Read more