Asas Analisis Teknikal

blog forex saya - asas analisis teknikal

Saya lebih kepada trader teknikal. Saya hanya ambil tahu masa bila news akan release sebab masa tu price akan bergerak laju. Votaliti tinggi.

Perkara paling penting dalam analisis teknikal terbahagi kepada dua:
1. Level (di mana)
2. Trigger (bila)

'Level' yang saya maksudkan adalah support resistance (s&r) yang penting dan kuat. Iaitu di mana price akan bertindak balas, sama ada memantul, berhenti (ranging) atau pun menembusi level tersebut dengan laju.

Manakala 'Trigger' pula, masa bila entry boleh dibuat. Ia dapat dilakukan dengan bermacam kaedah termasuk; high low price, candlestick, indicator atau pun berpandukan level semata-mata.

Kedua-dua elemen ini perlu digabungkan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Melukis level price memerlukan pengalaman. Kaedah manual adalah terbaik. Belum pernah saya jumpa indicator yang boleh menentukan s&r sebaik kaedah manual. Yang paling hampir pun ada sedikit seperti pivot point, round number atau pun indi yang berasaskan zigzag. Nanti saya kongsikan di dalam blog ini.

Trigger tidaklah sesusah melukis level. Banyak indicator boleh membantu semasa membuat keputusan. Untuk mereka yang berpengalaman, dengan candlestick pun dah memadai.

blog forex saya - level & trigger

Read more