Mencari View Yang Selesa

blog forex saya - zoom chart

Sebenarnya saya pun tak tahu nak letak tajuk yang sesuai. Apa yang nak saya ceritakan di sini adalah berkenaan tahap pandangan yang berbeza ke atas chart. Ini adalah sangat penting bagi saya. Tahap zoom yang orang lain guna belum tentu sesuai dengan mata kita. Saya sendiri lebih suka dengan chart yang agak wide dan compress. Jika tak, saya akan terkial-kial kerana tidak mendapat pandangan secara keseluruhan. Lain orang, lain style.

Biasanya saya akan tarik window terminal di MT4 tu ke atas sedikit jika saya tidak gunakan apa-apa indicator di bahagian bawah. Dan tak lupa saya pakai tahap zoom 2x (tekan button zoom in). Jadi, luangkanlah masa untuk mencari view yang sesuai dengan penglihatan anda. Selamat mencuba.

Tekan CTRL-T untuk membuka/menutup window terminal. Kemudian klik 2x pada tempat-tempat seperti yang saya tandakan dalam contoh di bawah.

blog forex saya - compress chart mt4

blog forex saya - uncompress chart mt4

Boleh juga tekan F11 untuk mendapatkan fullscreen view.

Read more