Stop Loss vs Tanpa Stop Loss

blog forex saya - stop loss vs tanpa stop loss

Tajuk yang kerap kali menjadi perdebatan di forum-forum forex. Jangan pula berdebat dengan saya ok, apa yang saya tulis ini hanyalah pendapat peribadi berdasarkan pengalaman sendiri. Stop loss yang saya maksudkan termasuklah menggunakan hard sl, guna ea (hidden sl) atau pun mind/manual sl.

Saya lebih meminati trading yang ada stop loss atas sebab-sebab berikut:
- Ada stop loss, maka baru risk reward dapat dikira. Kerugian terkawal.
- Selamat dalam apa jua keadaan market, news, tsunami sekali pun, campurtangan CB..etc
- Dengupan jantung yang kurang. Macam lawak tapi sebenarnya penting untuk kesihatan.
- Tidak bertukar kepada teknik 'mengharap' bila floating.
- Tidak perlu menunggu lama untuk membuat trade yang seterusnya.

Kekurangan trading tanpa stop loss:
- Tiada risk reward. Ada dua sahaja, untung atau pun mc. Jangka pendek atau pun panjang.
- Sentiasa terdedah dengan pergerakan market besar atau tukar trend.
- Susah untuk menguruskan trade apabila order terlalu banyak.
- Emosi senang terganggu dan menyebabkan wujudnya teknik 'mengharap'.
- Memakan masa untuk menunggu floating berkurang.

Namun tidak saya nafikan ramai yang berjaya trading tanpa sl. Saya sendiri pun pernah mengalaminya. Jika anda selesa dengan tanpa sl, maka pastikan anda trade dalam major trend.

Read more