Multiple Time Frame (MTF)

blog forex saya - multiple time frame (MTF)

Analisis secara MTF sangat sesuai untuk meningkatkan reward dalam satu-satu trade. Tujuan analisis MTF adalah bagi membolehkan kita melihat secara detail tentang price action yang berlaku di dalam trend tf besar. Pemilihan tf juga perlu diambil kira. Jika terlalu tinggi, maka noise pun akan meningkat, contohnya tf M1 & Daily. Jika terlalu rendah pula akan menjadi kurang relevan. Selalunya saya guna dua tf sahaja. Agak sukar bagi saya jika lebih dari itu. Tak tahulah orang lain.

Pasangan yang selalu saya gunakan:
M15 & H1
M15 & H4
M30 & H4
H1 & H4
H4 & D1
D1 & W1

Saya tak berapa suka dengan tf kecil atas faktor kos spread. Spread akan mengganggu risk reward kerana terpaksa tambah/tolak spread dalam sl/tp. Di tf besar ia tidak memberikan apa-apa kesan. Tapi jika time frame kecil memang ketara kesannya.

Berbalik kepada tajuk asal, tf besar merupakan trend kita. Manakala tf kecil untuk kita melihat wave yang terjadi dalam tf besar tadi. Dengan kata lain kita zoom in untuk melihat apa yang terjadi dalam trend besar tersebut.

Cara yang paling mudah untuk trading mtf ini adalah dengan menggunakan analisis sama pada setiap tf. Pastikan signal tf besar telah siap/valid. Kemudian tunggu signal pada tf kecil untuk mendapatkan timing entry yang terbaik. Set sl berdasarkan tf kecil dan open/set tp berdasarkan tf besar. Kaedah ini dapat digunakan dengan price action semata-mata atau pun dengan indicator.

Jika anda masih baru, saya sarankan guna indicator terlebih dahulu untuk memahami konsep MTF ini. Setelah anda mahir gunalah apa sahaja yang anda suka mengikut kreativiti anda sendiri.

blog forex saya - multiple time frame (MTF)

Read more