Psikologi Di Sebalik Candlestick

blog forex saya - psikologi di sebalik candlestick

Ramai trader yang menggunakan candlestick dalam analisis mereka. Namun tidak semua yang memahami apa yang berlaku di sebalik candlestick itu sendiri. Menterjemah signal candlestick haruslah bermula dengan pemahaman saiz body dan shadow yang dihasilkan.

Memahami psikologi candlestick adalah lebih penting dari mengenalpasti pattern candlestick itu sendiri kerana dalam dunia trading sebenar pattern bukanlah senang untuk dikenalpasti. Tidak semuanya berbentuk sempurna seperti yang ditunjukkan dalam ebook atau pun laman web.

Body Panjang vs Pendek
Semakin panjang body candlestick, semakin kuat aktiviti membeli atau pun jualan pada masa tersebut. Sebaliknya yang berlaku jika body yang kecil dan pendek menunjukkan kurang aktiviti pada masa tersebut.

blog forex saya - big vs small candlestick

Shadow
Buyer rejection = shadow di bahagian bawah lebih panjang berbanding dengan atas.
1. Pada awalnya seller masuk dan menyebabkan price turun dan membentuk body yang panjang.
2. Kemudian semakin ramai buyer masuk menyebabkan price naik semula.

Seller rejection = shadow di bahagian atas lebih panjang berbanding dengan bawah.
1. Pada awalnya buyer masuk dan menyebabkan price naik dan membentuk body yang panjang.
2. Kemudian semakin ramai seller masuk menyebabkan price turun semula.

blog forex saya - candlestick shadow

Jika shadow sama panjang, maka buyer dan seller pada masa tersebut adalah sama kuat/lemah.

Read more