Bagi saya trend lebih senang untuk dikenalpasti dengan mata kasar. Memang benar apa yang selalu dikatakan oleh masta2 forex, mata kasar adalah indicator terbaik. Namun trend juga boleh ditentukan dengan indicator (MTF). Tapi dalam post ini, saya akan bincangkan cara yang pertama dahulu, iaitu dengan mata kasar.
1. Up (trending)
2. Down (trending)
3. Sideway (ranging)
Cara mudah untuk mengenalpasti trend.
Trend yang kuat boleh dikenalpasti apabila berbentuk seperti tangga, dengan kecerunan/kecondongan yang agak tinggi. Jika ianya agak mendatar maka market sedang ranging (sideway).
Cara yang lebih advance untuk mengenalpasti trend.
Uptrend = HL > HH
Bermula apabila price gagal untuk membuat new low (LL) dengan membentuk HL dan kemudian diikuti dengan breakout untuk membentuk HH. Cycle HL dan HH ini akan berterusan sehingga ia gagal untuk membuat new high (HH) dan membentuk LH.
Bermula apabila price gagal untuk membuat new high (HH) dengan membentuk LH dan kemudian diikuti dengan breakout untuk membentuk LL. Cycle LH dan LL ini akan berterusan sehingga ia gagal untuk membuat new low (LL) dan membentuk HL.
Sideway = susunan HL, HH, LH, LL yang tidak sekata.
Dalam fasa ini, market kelihatan agak mendatar dan tiada momentum ke mana-mana arah. Biasanya ia bergerak dalam satu range tertentu dan membentuk seperti kotak. Banyak berlaku fakeout.
Sekiranya anda dapat memahami perkara2 di atas, maka mudahlah untuk anda melukis support & resistance nanti.
Sekiranya anda dapat memahami perkara2 di atas, maka mudahlah untuk anda melukis support & resistance nanti.