Mengapa saya suka InstaForex

Bagaimana saya kenal broker InstaForex?


Sekitar tahun 2008 semasa saya masih baru setahun jagung dalam forex, InstaForex mula masuk ke Malaysia melalui forum forex dengan promosi percuma USD30. Memang meletuplah kempen Insta pada masa tu. Selepas itu ramai IB dan supporter dilantik untuk mengendalikan trader dari Malaysia. Broker baru mestilah bermacam-macam masalah terutamanya server yang agak perlahan dan asyik requote. Tapi semua semua itu kisah lama...

Oh, sebelum terlupa, promo yang saya nyatakan di atas dah lama tamat. Jangan ada yang cari pulak.

Bagaimana servis InstaForex sekarang?


Masalah server yang menghantui Instafx telah berjaya diatasi dengan lahirnya banyak server yang berdekatan dengan negara masing-masing. Kalau di Malaysia, server Singapore lah paling hampir. Ada Introducing Broker (IB) dan office di setiap negeri. Seingat saya Sarawak dan Perlis sahaja masih tiada IB tapi bukan masalah besar kerana trader bebas untuk gunakan mana-mana yang berkenan di hati.

Local deposit/withdrawal adalah sebab utama mengapa saya masih setia dengan InstaForex. Sangat mudah dan cepat berbanding dengan method lain. Tidak pernah sekalipun masalah timbul semasa proses transaksi pindahan wang. Pernah sekali dua terjadi 'masalah' semasa withdraw, bukan tak cukup RM, tetapi IB tersilap bagi lebih pula. :) Seperti biasa saya pulangkan wang lebih tu semula. Bukan boleh kaya pun ambil hak orang kan?

Kalau nak cerita tentang servis InstaForex ni sampai esok pun belum tentu habis. Terlalu banyak servis yang ditawarkan. Kalau ada masa terluang bolehlah sertai contest sniper yang berlansung setiap minggu. Akaun demo pun boleh join. Boleh juga menjadi sebagai tempat belajar dan asah skill sebelum trading akaun real. Kalau bernasib baik dan ada kemahiran boleh dapat reward 500 usd.

Saya biasanya tak trade semua dana yang ada. Sebahagiannya saya masukkan ke PAMM dan ForexCopy. Seperti yang orang selalu kata, 'jangan letak semua telur dalam satu bakul, sekali jatuh semua pecah'. Dengan PAMM dan ForexCopy kita dapat upah trader lain untuk trade. Konsepnya adalah profit sharing.

Ramai yang confuse dengan PAMM dan ForexCopy. Ok, PAMM semua duit dikumpulkan dan trader akan trade berdasarkan jumlah yang di invest. Manakala ForexCopy pula, anda yang tetapkan berapa lot, pair dan sebagainya, dalam bahasa mudah anda just follow signal. Tiada interaksi diperlukan kerana semua adalah automatik dalam sistem InstaForex. Mudah bukan? Set & forget.. haha

Akaun InstaForex terbahagi kepada dua iaitu USD dan Cent. Spread boleh dipilih sama ada fixed atau floating. Nak best lagi cubalah akaun Eureka tanpa spread. Leverage boleh ditukar mengikut kesesuaian strategi masing2. Seeloknya untuk trader muslim, pilihlah tanpa swap. Deposit bonus 30% pula terpulang nak ambil atau tak. Kalau saya memang jarang sangat ambil bonus dari broker atas sebab rule yang tidak dapat saya patuhi.

Adakah syarikat InstaForex boleh dipercayai?


Memang saya tak nafikan, itu adalah persoalan yang sering bermain dalam kepala trader terutamnya yang masih baru. Hampir setiap tahun saya ikuti perkembangan broker ini. Jika anda perhatikan, Instafx banyak menjadi sponsor untuk pemain tennis, martial arts, rally, F1, malahan anda juga boleh saksikan logo InstaForex di badan kapal terbang Czech Airlines. Paling mengejutkan apabila InstaForex mengumumkan kerjasama dengan kelab bola sepak Liverpool.

Secara logiknya, jika sesebuah company tiada kewangan kukuh, ia tidak akan mampu untuk membuat semua itu.

Marussia F1 Team

InstaForex branded airplane

Liverpool FC

Bagaimana nak deposit dan withdraw?


Nak depo dengan InstaForex amatlah senang. Setelah daftar akaun, jangan lupa simpan segala maklumat seperti no akaun trading, password, phone password dan lain-lain. Kemudian, pilih IB yang ingin digunakan. Jika saya dari dulu hingga sekarang masih setia dengan bro sedanfx (Disclaimer: saya tiada kaitan dengan IB tersebut, dan bukan nak promo IB, hanya sekadar sharing pengalaman dan membantu memudahkan urusan trader baru).

Rate dengan IB adalah fixed: depo 3.7 / withdrawal 3.5 (sila rujuk IB anda untuk rate terbaru sekiranya ada perubahan)

Perbezaan 0.2 tu adalah komisen IB. Yalah mana ada orang nak buat kerja free. Mereka pun ada mulut nak bagi makan... hehe

Sebagai contoh nak depo 100 usd, maka perlukan RM370. RM tersebut dipindahkan ke akaun bank IB. Kemudian hantar sms/email maklumat dan bukti yang diperlukan seperti no akaun InstaForex anda, jumlah RM, masa dan bank yang digunakan. Sekiranya semua maklumat betul, dalam masa 5-10 minit anda boleh lihat USD di platform MT4 anda. Nak withdraw pun hampir sama langkahnya.

Itu adalah secara general bagaimana menggunakan khidmat IB. Sila hubungi IB anda untuk maklumat yang lebih detail.

InstaForex MasterCard

InstaForex juga menawarkan MasterCard untuk memudahkan urusan withdrawal. Boleh digunakan di mana-mana ATM di seluruh dunia. Jika anda ada beberapa akaun dengan InstaForex, proses internal transfer wang dapat dilaksanakan dengan penggunaan InstaWallet. Jadi tak perlu dah kacau IB sekiranya ingin memindahkan wang antara akaun InstaForex. Semua boleh dibuat sendiri.

Trading Platform


Untuk download MetaTrader dan software lain sila klik sini.

InstaForex mobile trading platform

Majoriti pengguna pada masa kini memiliki smartphone. Jadi InstaForex mengambil peluang ini membolehkan pelanggan untuk trade di mobile. Tak perlu dah duduk mengadap pc sepanjang masa. Sambil baring pun boleh trading. Macam saya, analisis saya buat di pc, dah masuk order saya monitor dengan mobile. Jadi saya bebas bergerak ke mana saya suka.


Nanti saya update lagi post ini. Ditulis agak kelam kabut sementara ada masa terluang. Semoga membantu.