Trick Divergence

blog forex saya - divergence

Divergence, ingat sahaja pada momentum price. Melemah (regular divergence) atau menguat (hidden divergence).

Syarat utama:
'Bukit' atau 'lembah' pada price haruslah jelas dan bukannya mendatar. Jika keadaan price agak kurang jelas dan mendatar, abaikan sahaja divergence yang terjadi.

Ada beberapa cara untuk trade divergence sebenarnya. Tetapi dengan apa tools sekalipun, ia mesti diguna bersama dengan s&r yang telah kita tandakan pada chart. Juga pastikan anda trade dalam trend.

Bagi saya cukup dengan oscillators yang ada pada MT4. Antara kegemaran saya:

MACD
OSMA (Moving Average Of Oscillator)
Stochastic

Di sini saya akan pakai OSMA sebagai contoh. Jika anda suka dengan RSI, MOM, CCI atau lain-lain pakai sahaja mana yang anda selesa.

Cara yang paling mudah.
Katakan price semakin menghampiri s&r anda. Cuba lihat pada OSMA, selalunya akan terbentuk regular divergence. Signal awal ini menandakan momentum price semakin melemah dan potensi untuk memantul/reject s&r adalah sangat tinggi. Tunggu signal untuk entry. Gunalah apa cara yang anda suka, trendline breakout, candlestick pattern atau pun indicator.

blog forex saya - regular divergence + ppz

Cara MTF Divergence
Dengan cara ini kita dapat mengetahui lebih awal oscillator pada tf besar akan bertukar arah. Entry kita akan lebih tajam dan cepat berbanding trading dengan satu tf sahaja. Pertama sekali, tandakan s&r terlebih dahulu. Apabila price sudah menghampiri s&r dan terbentuk divergence, lihat pula pada tf kecil, adakah sudah terbentuk regular divergence? Jika ya, tunggu signal untuk entry. Seperti biasa, bila trading mtf, setkan sl berdasarkan tf kecil. Manakala tp berdasarkan tf besar.

Contoh: regular divergence di tf besar + tf kecil

blog forex saya - mtf regular divergence + ppz

Anda juga boleh gabungkan hidden divergence (tf besar) + regular divergence (tf kecil)

Apabila anda sudah memahami 'permainan' divergence ini, anda akan dapat menggabungkan semua yang saya tunjukkan di atas mengikut keadaan market. Gunakan kreativiti anda sendiri ok. Selamat mencuba!