Breakeven & Lock Profit

blog forex saya - trailing stop & breakeven

Breakeven, walaupun nampak mudah tetapi jika silap cara penggunaan akan mengganggu result trading kita. Seperti yang kita tahu, price hanya respek pada s&r sahaja. Bukan sl atau tp kita. Sebab itulah setiap kali memasang sl atau tp haruslah berdasarkan s&r pada chart, bukannya mengikut nilai pips yang kita tetapkan. Market bersifat dinamik, jadi kita kena patuh pada mr. market.

Sebab itulah pemahaman tentang s&r sangat penting. Bukan hanya sebagai signal semata-mata, tetapi juga untuk membantu kita menguruskan trade yang sedang berjalan. Breakeven akan bertukar menjadi kos jika diset semasa price terlalu dekat dengan entry. Price bukannya bergerak lurus. Kadang2 ia akan shake atau bermain-main dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Sangat menyakitkan hati apabila terkena breakeven dan kemudian price bergerak menepati analisis kita.

Di sinilah masalah mula timbul apabila emosi mula mengusai diri dan kemudian terjadilah perkara biasa, tukar strategi/sistem/taktik yang tiada kesudahan. Penghujungnya tiada apa yang kita dapat dan tak tahu di mana silapnya. Perkara ini memang sentiasa terjadi terutamanya kepada mereka yang masih baru. Untuk mengukur sama ada satu-satu strategi itu menjadi atau tidak, ia haruslah diuji dalam banyak trade dan dalam semua keadaan market.

Berdasarkan pengalaman setahun jagung dalam forex, strategi terbaik bagi diri saya adalah dengan sl dan tp sahaja, tanpa ada breakeven. Saya lebih suka lock profit selepas berlakunya breakout pada s&r yang terhampir. Jika keadaan market tidak mengizinkan dan price sudah mula bertukar arah, close sahaja profit yang ada. Jangan gunakan strategi 'mengharap'.

Ini adalah contoh bagaimana strategi locking (manual trailing stop) yang saya gunakan. Sangat berkesan dalam trending market. Semoga bermanfaat!

blog forex saya - lock profit (manual trailing stop)